*SaHaBaT-SaHaBaT AAC*

Thursday, May 3, 2012

~ REDHA SEORANG SUAMI ~ ..



Seorang lelaki telah mendirikan rumahtangga dengan seorang wanita yang solehah . Hasil daripada perkahwinan ini mereka telah di kurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan . Kehidupan mereka sekeluarga sangat bahagia dan sejahtera .

Si isteri dalam sepanjang kehidupanya merupakan seorang wanita yang sangat beriman dan bertaqwa , berakhlak mulia dan rajin beribadah. Dia juga merupakan seorang isteri yang setia dan taat kepada suaminya. Seorang ibu yang penyayang dan pendidik yang baik untuk semua anaknya .

Rumahtangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si ister di selesaikan dengan sempurna, di solatkan dan di kebumikan, maka semua ahli keluarga, saudara mara dan kaum kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan takziah.

Semua mereka yang berhimpun itu ingin mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan rasa sedih dan pilu yang di rasakan oleh lelaki itu di atas kehilangan isteri yang sangat di kasihi dan di cintainya.

Namun demikian , sebelum sesiapa pun sempat berkata-kata, si suami telah bersuara dengan mengatakan :
'' Semoga tiada siapa pun di antara kamu yang akan mengucapkan takziah kepada ku, sebaliknya dengarlah akan kata-kata ku ini .''

Semua yang datang berhimpun terdiam dengan kata-kata yang keluar dari mulut si suami.
Si suami meneruskan dengan kata-katanya :

'' Demi Allah tiada yang lebih berhak di sembah melainkan Dia, Sesungguhnya hari ini merupakan hari yang paling gembira dan bahagia bagi ku, lebih bahagia dari malam pertama ku bersama isteri ku itu.
Maha suci Allah, Sesungguhnya isteri ku itu merupakan sebaik-baik wanita bagi ku, kerana dia sentiasa mentaati ku menguruskan diri ku serta anak-anak ku dengan sebaik-baiknya dan dia juga telah mendidik anak-anak ku dengan didikan yang sempurna .

Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa baik dan pengorbanan yang telah di lakukan oleh isteri ku itu . Apabila ia telah meninggal dunia aku teringat akan sebuah hadis Rasulullah SAW :

'' Mana-mana wanita yang meninggal dunia sedang suaminya redha kepadanya pasti dia akan masuk syurga ''


Sebelum aku meletakkan jenazahnya ke dalam lahad, aku telah meletakkan tangan ku ini di atas kepalanya dan aku berkata : '' Wahai Allah , Sesungguhnya aku redha kepadanya maka Engkau redhailah dia ''
Ku ulangg kata-kata ku ini sehingga tenang dan puas hati ku .

Ketahuilah kalian, aku sangat tenang dan gembira di kala ini, tidak dapat ku gambarkan bagaimana gembira dan bahagianya yang aku rasakan sekarang ini.

Maka barang siapa yang bercadang untuk mengucapkan takziah kepada ku atas kepergian isteri ku itu , maka janganlah kalian melakukannya, sebaliknya ucapkanlah tahniah kepada ku, kerana isteri ku yang ku cintai itu meninggal dunia dalam keadaan aku redha keatas dirinya ..Semoga Allah menerima isteri ku itu dengan keredhan - Nya...''

:: Semoga diriku juga mendapat redha suami apabila sudah dijemput kelak ::
AMIN

6 comments:

  1. Baginda Nabi Muhammad SAW pernah bersabda;
    ""Apabila seorang isteri menunaikan solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan, menjaga kehormatannya dan menghormati suaminya, maka akan dikatakan kepadanya, masuklah kamu ke dalam syurga melalui mana-mana pintu yang kamu sukai." – (Hadis riwayat Ahmad).

    Semoga menjadi isteri yang solehah dan mendapat redha suami..
    Ameen ya Rabb! :)

    ReplyDelete
  2. Ya benar tuu...

    Insya-ALLAH mudah-mudahan hendaknya...

    p/s : Teringin nak jadi isteri macam dalam cerita tuu.. doakan ya

    amin ya RABB!
    (",)

    ReplyDelete
  3. Insya-Allah, ameen!
    Mr Dean yakin awk akan dapat menjadi isteri yang baik dan solehah... (^_^)

    ReplyDelete
  4. Insya-ALLAH...
    Kerana dirimu begitu berharga...~
    (^_^)

    ReplyDelete
  5. Oo lama x dengar iklan tuu...
    (",)

    ReplyDelete