*SaHaBaT-SaHaBaT AAC*

Wednesday, May 11, 2011

~SANTAPAN JIWA : HADAPI DENGAN SENYUMAN~


Hadapilah satu suratan atas sesuatu ke atas kita..

Dalam kehidupan kita ini sering kita di beri pelbagal pilihan untuk memilih sesuatu perjalanan kehidupan.. Sering saja kita terasa ada kesilapan dalam mencari sesuatu yang di inginkan.. Kadang kita salah membuat perhitungan sehingga kita terasa akan derita atas sesuatu pilihan..

Mana mungkin kita dapat undur kembali masa itu dan membuat kembali pilihan yang terbaik seolah kita mampu mengubahnya.. Mampu untuk mencoraknya sesuai dengan kemahuan kita.. Tidak percayakan kita pada Rukun Iman, Percaya pada Qada Qadar..

Semua orang pernah melakukan kesilapan masa lalu.. Kadang kesilapannya dalam memilih satu keputusan yang berat yang telah mengubah masa hidupnya.. Kadang hanya kesilapan kecil saja telah merubah segala kehidupannya.. Tak perlu aku bicarakan apa kesalahan atau kesilapan seseorang itu..

Yang mana kini, berdiri kita sekarang adalah dalam realiti.. Bukan dalam bayang bayang sendiri.. Manusia yang takutkan realiti yang kini tempat berdiri umpama seorang yang tiada pegangan diri dalam mengejar impian..

Berhentilah menangisi sesuatu suratan yang berlalu.. Pasti ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya.. Usah dikenang salah lama, dan terus menghantui dalam masa depan..

Manusia mungkin menghadapi berbagai macam kesulitan selama satu hari penuh.. Namun apapun kesulitan tersebut, hendaklah ia berkeyakinan kepada Allah dan berfikir bahwa Allah menguji kita dengan sesuatu yang kita kerjakan dan fikirkan dalam hidup di dunia.. Ini adalah kenyataan yang sangat penting yang seharusnya tidak pernah kita lupakan sekejap pun..

Hadapilah dengan senyuman.. Walau di dalam masih tersirat derita atas suratan lalu, sekurang kurang kita masih ada iman.. Dan percaya yakinlah, kita hanyalah hambaNya.. Kita hanyalah merancang.. Tapi sebaik baik perancangan dari Allah.

http://sentuhan-maya.blogspot.com/2011/03/santapan-jiwa-hadapi-dengan-senyuman.html

~KEBAHAGIAAN DALAM PERKAHWINAN~


Sebuah perkahwinan bahagia merupakan impian setiap insan.. Mereka mahu terus menikmati kemanisan bercinta sehingga ke akhir usia kerana kebahagian adalah anugerah Allah yang tak ternilai harganya.. Bukan semua insan berpeluang bahagia kerana ada yang menderita akibat perkahwinan yang tidak membahagiakan..

Perkahwinan adalah satu ikatan hidup dan janjian antara dua insan yang sama sama inginkan bahagia hingga akhir hayat.. Dan menjadi kewajipan antara suami dan isteri menjaga tanggungjawap masing masing..
 
Isteri yang solehah seharusnya menjadi teman berunding bagi suami, menjadi sahabat dalam menyelesaikan masalah.. Itulah sebabnya hubungan suami isteri itu diertikan orang sebagi “teman hidup”.. Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan keluarganya, maka berilah motivasi kepada suami di samping menghiburkan hatinya.
Dalam sesebuah institusi keluarga, ahli-ahlinya perlulah bersama-sama memikul tanggungjawab supaya pembentukan keluarga bahagia akan tercapai.. Dalam hal yang sedemikian, terdapat beberapa tanggungjawab yang dipikul bersama oleh suami isteri.. Kedua-duanya perlulah mendalami ilmu fardu ain.. Ini perlu, kerana ilmu ini merupakan panduan untuk mereka dalam menjalani kehidupan seharian.. 

Kita juga wajib menuntut ilmu sampai ke liang lahad. Dengan mempelajari lebih banyak ilmu fardu ain, suami isteri dapat menghayati kehidupan Islam lebih bermakna lagi.Untuk menyelesaikan apa juga masalah keluarga, suami isteri perlulah sentiasa berbincang demi kebaikan bersama.. Perbincangan adalah lebih baik daripada bersikap autokratik kerana kata sepakat dapat dicapai untuk kebaikan bersama dan tidak untuk kepentingan satu pihak sahaja.. Malah, dengan perbincangan juga suami isteri boleh mendapat ilham baru untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi bersama.. 

Dalam menunaikan tanggungjawab masing-masing, kadang-kadang kita memerlukan pertolongan dalam hal-hal kebajikan.Isteri kadang-kadang memerlukan pertolongan si suami untuk membuat kerja-kerja rumah. Dalam hal sebegini, adalah perlu bagi pasangannya untuk meringankan beban yang dihadapi oleh pasangannya supaya kerja-kerja dapat dilaksanakan dengan cepat dan betul.. Apabila seorang daripada mereka melakukan perkara yang ditegah, adalah menjadi tanggungjawab pasangannya untuk menegur kesilapan yang telah dilakukan.. Suami isteri hendaklah saling tegur menegur dan menghalang pasangan masing-masing daripada melakukan kemungkaran, sebaliknya melakukan lebih banyak hal-hal kebajikan.

Kedua-duanya perlulah bersikap jujur dan selalu menepati janji antara satu sama lain kerana perkahwinan dianggap sebagai satu institusi yang mana ahli-ahlinya perlulah saling percaya mempercayai antara satu lama lain tanpa perlu berbohong atau menyimpan rahsia.. 

Oleh sebab itulah maka suami isteri hendaklah bersikap terbuka dan berterus terang dalam banyak hal tanpa menyembunyikan kebenaran.Suami isteri perlulah saling memaafkan dan menasihati kerana sebagai manusia, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan.. 

Ini adalah penting kerana tanpa sikap pemaaf dan saling tegur menegur ini, maka suami isteri itu akan hidup dalam kekacauan kerana sering melakukan kesilapan tanpa ada orang yang ingin menegurnya ataupun sering berbalah kerana tidak ada sikap pemaaf itu.. Salah satu hikmah berkahwin ini ialah suami isteri dapat melakukan solat berjemaah.. Seperti yang diketahui, jika kita solat berjemaah, maka pahala yang diperolehi adalah berganda-ganda daripada solat secara sendiri.. Dengan melakukan solat berjemaah ini maka perhubungan ukhwah antara suami isteri dapat dipereratkan.. Yang paling penting dalam kehidupan sebagai suami isteri ini ialah bertawakal kepada Allah s.w.t. setelah berusaha sedaya upaya untuk mencapai kebahagiaan dalam hidup berumahtangga.

http://sentuhan-maya.blogspot.com/2011/03/kebahagiaan-dalam-perkahwinan.html

~KENANGAN ITU AMAT SUSAH DILUPAKAN~


Dan kenangan itu selalu datang dan sering mengusik jiwa, pada masa kesunyian atau di kala sepi yang panjang.. Kenangan sering dikaitkan pengalaman yang manis atau kenangan yang tidak dapat dilupakan.. Kenangan akan terus mekar untuk diingati dan amat susah untuk di lupa..

Di sini beberapa contoh kenangan yang sering kali kita ingat dan selalu kita kenang..

Kamu akan selalu mengingati kata kata yang di ucapkan oleh pasangan kamu dulu di saat pertemuan.. Dan kata kata yang di ucapkan sering bermain di minda dan fikiran dan selalu terpahat di dalam memori kamu.. Kadang kata kata yang dilemparkan oleh si dia menjadi sumber semangat kamu dalam melakukan sesuatu atau menjadi panduan..

Buat seseorang yang kamu masih mencintai dan menaruh harapan, kamu pasti akan selalu mengingat setiap kejadian yang kamu lalui bersama dia, dan saat itu, mata kamu pasti berkaca. kerana saat bersama dia itu tidak biasa berulang selalu.. Dan kerana setiap saat berlalu bersama si dia adalah saat yang amat berharga..

Kita akan selalu leka akan perkara yang selalu asyik di buai dengan perasaan sedangkan berada kita di sini bukanlah menyesali perkara yang lepas.. Namun sekuat mana kita untuk melupakan, kuat lagi kenangan itu datang mengusik di sanubari..

http://sentuhan-maya.blogspot.com/2011/03/kenangan-itu-amat-susah-dilupa.html

~DAN KERANA NILAI AIRMATA ITU...~


Kita tidak dapat ulang masa silam untuk memungkinkan bahagia masa depan, kita belajar dari kesusahan untuk menapak mencapai bahagia
Walau sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan airmata apabila hatinya dilukai.. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untukmu itu.. Dan jika lelaki itu tidak mampu membuatkan kamu bahagia, segeralah kamu melepaskan dia berlalu pergi..
Apabila seseorang lelaki benar benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat di lihat dengan jelas.. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini tiba tiba menjadi selembut kapas.. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja utk kekasihnya
Pada wanita yang pernah membuat lelaki itu menangis kerananya.. Sedarlah hati lelaki takkan lembut dan menjadi seolah kebudak budakkan jika cintanya tidak sepenuh hati.. Hargailah lelaki itu yang pernah menangis disebabkan kamu.. Kadang dalam riak matanya memberi satu jawapan untuk seribu soalan pada kamu.. Cubalah memahami walau sejenak
Dan bila terjadinya satu saat genting perpisahan, jangan sangkakan tiada kepedihan dalam lubuk jiwa lelaki itu.. Sedangkan lelaki jua bisa menangis dari dalam hati.. Bukan kerana ego mahupun sombong akan diri.. Tapi itulah lelaki yang dunianya amat berbeza.. Kesedihan hanya mampu dipendamkan saja seolah membiarkan angin lalu menyapa
Air mata seorang lelaki amat sukar untuk mengalir.. Amat tinggi nilai jatuhnya setitis air itu yang menjadi punca mengalir pabila kecewa dalam sesalan.. Kadang kesedihan yang teramat menusuk kalbu pun belum pasti lelaki itu menangis.. Dan kerana seorang wanita yang pernah membuat dunia cintanya musnah, pasti ada yang pernah mengalir air mata.

http://sentuhan-maya.blogspot.com/2011/03/dan-kerana-nilai-air-mata-itu.html

~PETUA MENGUBAT HATI YANG LUKA~


1. Lupakan Kenangan Pahit.
Mengaku sajalah yang anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu. Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua itu, Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan anda, cita-cita anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan. Anda tidak akan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tetapi lakukan sedikit demi sedikit dengan mengalihkan perhatian anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tetapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. Buang Sikap Risau.
Sikap risau boleh menarik nasib tidak baik, masalah dan musibah. Ia juga memberi kesan buruk pada kesihatan anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kadang-kadang rasa takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri anda mengawal emosi.

3. Belajar Menjadi Pemaaf.
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif seperti takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati dan lain-lain.Sebenarnya anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana anda tidak memaafkan kesalahan diri anda di masa lalu ataupun anda tidak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri anda satu ketika dulu. Anda juga mungkin susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri anda, yang membuat anda sedih, kecewa dan geram.  

4. Ketawa, ketawa dan terus ketawa.
Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa layan kecewa sedangkan anda boleh ketawa?  

5. Ubah FikiranKita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada Anda, cari cara bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya. Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada Anda. Anda menjadi apa yang Anda selalu fikirkan. Buat apa fikir yang buruk sedangkan Anda boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam 
dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction.  

6. Hati Mesti ‘Keras’.
Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati,kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan Anda di masa lalu. Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan kecil yang Anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau Anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan. Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.

http://sentuhan-maya.blogspot.com/2011/03/petua-mengubat-hati-yang-luka.html

~CINTA KERANA ALLAH~


“Cintailah Allah kerana nikmat yang dianugerahkan kepada kamu, cintailah aku kerana cinta kamu kepada-Nya”. (HR. Tirmidzi dan Al-Hakim)

“Cintailah Allah kerana nikmat yang dianugerahkan kepada kamu, cintailah aku kerana cinta kamu kepada-Nya”. (HR. Tirmidzi dan Al-Hakim)

Alkisah seorang pemuda sufi jatuh cinta kepada seorang gadis. Cintanya pun berbalas. Namun malangnya, gadis itu ingin dijodohkan orang tuanya dengan lelaki lain. Kerana dorongan cinta, gadis itu mencari alternatif, ”Aku datang padamu, atau ku atur cara supaya kamu boleh menyelinap ke rumahku”, begitu penjelasannya.

“Tidak! Aku menolak kedua pilihan itu. Aku takut pada neraka yang nyalaannya tak pernah padam!” itu jawapan pemuda itu sekaligus membuat sang gadis itu tersentak.

Pemuda itu memenangkan iman atas syahwatnya dengan kekuatan cinta. “Jadi dia masih takut pada Allah?”, kata hati kecil gadis itu . Seketika dia tersedar, dan tiba-tiba dunia terasa kerdil di hadapannya. Dia pun bertaubat dan kemudian mengabdikan diri untuk beribadah. Tapi cintanya pada si pemuda tersebut tidak pernah lupus. Cintanya berubah menjadi rindu yang berkelana dalam jiwa dan doa-doanya. Tubuhnya menderita didera rindu, dan akhirnya dia meninggal dunia.

Si pemuda tersentak. Itu mimpi buruk. Gadisnya telah pergi membawa semua cintanya. Maka kubur sang gadislah tempat dia mencurahkan rindu dan doa-doanya. Sehingga suatu masa, si pemuda tertidur di atas pusara si gadis itu. Tiba-tiba sang gadis hadir dalam tidurnya, cantik, sangat cantik. “Apa kabar? Bagaimana keadaanmu setelah permergianku”, tanya sang gadis.

“Baik-baik saja. Kamu sendiri di sana bagaimana,”jawabnya.

“Aku di sini, di syurga abadi, dalam nikmat hidup tanpa akhir.” Jawab sang gadis.

“Doakan aku, jangan pernah lupa padaku. Aku selalu ingat padamu. Bila aku boleh bertemu denganmu?”, tanya pemuda lagi.

“Aku tidak pernah lupa padamu. Aku selalu berdoa agar Allah menyatukan kita di syurga, teruskanlah melakukan ibadah. Sebentar lagi engkau akan menyusulku,” jawab si gadis.

Hanya tujuh malam setelah mimpi itu, sang pemuda pun menemui ajalnya. Atas nama cinta, dia memenangkan Allah atas dirinya sendiri, atas nama cinta pula Allah akan mempertemukan mereka. Cinta kerana Allah, untuk Allah, bertemu dan berpisah kerana Allah, mengantarkan pemiliknya pada kebahagiaan yang mendalam.

Tidak ada cinta yang mati disini. Semuanya bermuara pada Zat yang Maha Hidup dan Menghidupkan. Cinta di atas cinta, dan adakah yang lebih mulia cintanya dari suatu Zat yang begitu mencintai kita? yang tak pernah meninggalkan kita di saat kita gusar dan bimbang. Cinta, semuanya atas nama cinta, cinta mampu mengangkat manusia menduduki posisi paling agung, ketika manusia mampu menempatkannya pada posisi terhormat di relung hatinya.

Cinta pada Yang Maha Mulia akan membuat seseorang jadi mulia, kerana jiwanya terisi kemuliaan cinta yang hujungnya adalah menjayakan Allah dalam segala hal. Jiwanya tidak akan resah kalau – kalau cintanya ditolak. Cinta yang berlandaskan keyakinan pada Allah yang Maha Sempurna akan membuat dirinya tidak takut akan kenyataan. Apalah erti kehilangan harta, sanak keluarga, bahkan orang yang “dicintai”, jika cinta dan rindunya selalu terpaut pada perjumpaan dengan Sang Maha Kekasih.

Sudah semestinya cinta kepada Allah diletakkan di atas segala-galanya. Kerana Dialah yang menciptakan cinta dan hati tempat cinta itu bersemayam. Cinta kepada Allah akan mewariskan kecintaan para hamba-Nya. Sebaliknya, cinta yang bukan kerana-Nya hanya akan mengundang murka-Nya dan murka makhluk-Nya. Beruntunglah orang yang hanya mencintai Allah saja dalam hatinya, dan mencintai makhluk hanya sekedar mencintai kerana-Nya.

Semestinya kita mencintai seseorang kerana imannya, dan membenci seseorang kerana maksiatnya. Tak selayaknya kepentingan duniawi mengubah arah cinta kita.

Semoga Allah menganugerahkan kepada kita cinta yang hakiki dan abadi hingga ke akhirat sana. Amin

http://sentuhan-maya.blogspot.com/2011/04/cinta-kerana-allah.html

~CINTA SUDAH BERAKHIR NAMUN MASIH MENANTI~

 
Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah.. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai, itulah yang sukar diperolehi.

Kita kadang selalu saja asyik dengan melayani perasaan saban hari.. Seolah itu saja yang di minda tanpa memikirkan hal lebih penting dari soal hati.. Lemah kita dalam menghadapi hari mendatang dan berkejaran mencari cinta yang seolah difikirkan sudah hilang..

Kita selalu terlupa bahawa cinta sesama manusia kadang boleh merosakkan jiwa kita.. Membuatkan kita tiada semangat akan diri sepatutnya kita kuat dan tabah meniti perjalanan hidup ini.. Mana perginya satu azam yang kuat dulu.. Mana perginya anak keluarga ini yang dulunya berjanji mahu berjaya dalam hidup..

Kehidupan kita kini bukan semata mata untuk bercinta berkasih sayang dengan orang yang kita suka dan mahu.. Kadang kita harus tabah menerima suratan, orang yang kita dambakan bukan menjadi milik kita.. Dan kita selalu saja merungut dan mengeluh mengenang nasib akan diri kerana apa mahu kita tidak kita perolehi..

Sedarkah kita, bukan semua yang kita mahu dan inginkan menjadi milik kita.. Kerana kita punyai usaha untuk memilih dan memilik.. Namun sejauh mana kita meratap rayu untuk menjadi milik kita dan jika bukan hak kita, sampai bila bila pun takkan dapat..

Dan jika telah ditakdirkan menjadi hak kita, sudah tentunya kita akan perolehi.. Apa yang kita paham tentang takdir dan ketentuanNya.. Siapalah kita untuk terus mengeluh dan menidakkan kebenaran yang telah ditentukanNya.. Kita cumalah hamba Allah yang mana wajib mempercayai dan menerima Rukun Iman..

Kadang kita selalu dengan khayalan diri kita dan masih mengharap cinta itu milik kita.. Sedangkan suratan telah nyata dan masih lagi kita tidak dapat menerima kenyataan itu.. Hakikatnya kita telah berpisah atau mungkin cinta itu sudah pudar.. Tapi kerana sombong akan diri atau tidak dapat menerima kenyataan, dan kita selalu saja menceriakan diri kita satu perbohongan yang nyata.. Menanti dan menunggu cinta yang tidak pasti..

Itulah kita, selalu tertewas dengan bisikkan halus menyedapkan hati kita.. Membuatkan kita terus di dalam asyik yang panjang..

Sedarlah dan kembalilah ke alam nyata.. Cinta itu bukan milik kita lagi.. Cukup sudah merindu dan meratapi perginya rasa itu yang kita rasakan cinta.. Sebenarnya itu bukan lagi cinta sejati.. Tidak melepaskan apa yang bukan lagi milik kita.. Sedangkan masa yang berlalu tidak akan menunggu kita.. Sesungguhnya kita dalam rugi yang nyata, membazirkan perasaan dan masa hanya kerana masih lagi tidak menerima hakikat..

http://sentuhan-maya.blogspot.com/2011/04/cinta-sudah-berakhir-namun-masih.html

~JANGAN TANGISI JIKA CINTA ITU TIDAK LAGI BERMAYA~

... Cinta kadang tidak bersama jodoh, namun selalunya jodoh pasti ketemu cinta ...

Jatuh cinta pada seseorang kadang membuatkan kita rasa satu semangat yang kuat di dalam diri.. Jatuh cinta jua memberikan kita satu kekuatan untuk terus melangkah dan demi langkah kita mampu menghidupkan suasana kehidupan kita.. Jatuh cinta hanya mengambil masa yang sekejap saja.. Kadang sekelip mata, kita sedari kita telah jantuh cinta.. Namun masih kita belum ketahui adakah cinta yang hadir itu sebenarnya cinta atau cuma mainan perasaan yang selalu kita terpedaya..

Untuk jatuh cinta pada seseorang, kadang tidak memerlukan sebab yang logik.. Kadang rasa itu hadir kerana mungkin hati kita terpaut dengan kecantikan wajahnya.. Memmbuatkan lena tidak kunjung tiba.. Merimaskan diri merindui di kala malam.. Melemaskan perasaan bila cemburu menguasai diri.. Itulah cinta.. Berat perasaannya...

Selalu kita jatuh cinta tapi kadang hanya kita sahaja yang merasakan.. Jatuh cinta pada orang yang tidak mempunyai perasaan cinta pada kita adalah perkara biasa.. Hanya di sebelah pihak saja yang merasakan cinta.. Sungguh perit dan pedih bila cinta hanya bertepuk sebelah tangan.. Tapi adakah itu sebenarnya perasaan cinta? Atau mungkin sayang atau suka.. Atau juga minat? Paling di takuti adakah itu hanya nafsu yang membisikkan rasa?

Dan ada kalanya.. Cinta yang hadir hanya tidak sebelah pihak.. Jatuh cinta dan cinta berbalas.. Terasa dunia kita yang punya.. Terasa malam kian larut tanpa rasa sedar.. Berbunga mekar menghiasi alammu..

Dan amat pedih dan perit, terasa ngilunya hati ini bila sesama ada perasaan cinta.. Tapi cinta itu terhalang dan terpaksa diputuskan atau dilupakan.. Ini mungkin kerana pelbagal halangan.. Adakah mungkin kerana berlainan agama atau bangsa? Adakah kerana perbezaan umur atau pangkat.. Dan adakah mungkin masing masing jatuh cinta tapi cinta terlarang di antara suami orang dan isteri orang?

Hati kadang terasa semakin jauh dalam mengenal erti ketenangan.. Hati kadang merasa meronta untuk merasakan begitu indahnya berteman.. Dan hati selalu saja jauh untuk dipahami.. Kerana hati ini selalu saja sunyi dan sepi yang panjang berteman suram luka yang dalam..

Hakikat kita kadang merasakan tiada siapa yang memahami akan satu rasa di dalam jiwa.. Dan sering kita merasakan tiada siapa yang peduli akan kita.. Semakin lama semakin jauh kita rasakan dengan dunia kita ini.. Sering saja kita leka dalam asyik yang panjang melihat mana letaknya dulu satu ketenangan pernah di miliki..

Masing masing menpunyai tafsiran mengenai jatuh cinta.. Dan pengalaman kita tidak sama.. Kadang ada lagi menyesakkan dada bila memikirkan.. Kadang terasa jauh untuk diharapkan.. Namun cerita kita sama.. Menginginkan cinta berbalas dan mahukan kekal selamanya..

Namun kadang kita lupa.. Tujuan kita ada di dunia ini bukanlah mencari cinta sesama insan.. Tujuan dan matlamat kita bukanlah cinta yang di cari.. Siapalah kita untuk menidakkan takdirNya bila cinta tidak lagi bermaya? Siapalah kita untuk terus melawan hakikat ketentuanNya pabila jodoh itu bukan lagi realiti?

Janganlah kamu tangisi perpisahan dan kegagalan bercinta, kerana pada hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia.. Atas kasih sayang Tuhan kamu dan dia bertemu, dan atas limpahan kasihNya jua kamu dan dia dipisahkan bersama hikmah yang tersembunyi.. Pernahkan kamu berfikir kebesaranNya itu? 
 
http://sentuhan-maya.blogspot.com/2011/05/jangan-tangisi-jika-cinta-itu-tidak.html

~KISAH HATI PEREMPUAN PADA SESEORANG~


 Kadang dia sering menyembunyikan satu rasa yang sakit pada seseorang sehinggakan menitis airmatanya namun kita tidak melihat.. Kerana menanggis dia dalam senyap.. Menanggis dia dalam hatinya.. Deritanya sukar kita pahami kerana dia pandai memainkan watak lakonan menyembunyikan kesedihannya di sebalik senyuman yang terukir..

Dan kadang bila kita mampu melihat air matanya yang mengalir.. Sungguh di kala itu amat perit derita yang di tanggungnya.. Dan seolah telah hilang satu kekuatan diri kerana selalu menahan dari mengalirnya air mata itu.. Dan jika kita terus biarkan dia dalan kesedihan, mungkin dia melakukan perkara di luar kawal.. Bimbinglah dia.. Tenangkan lah hatinya..

Di saat menitisnya air matanya itu, jika kamu berpesan padanya dan berjanji takkan melukai lagi perasaannya.. Dia akan menerima kata katamu itu sebagai pemangkin semangatnya yang membara.. Dan jika kamu berpesan jangan menanggis lagi dan akan menjaganya.. Lantas dia akan mengenggam erat tanganmu.. Di dalam hatinya dia berazam tidak akan melepaskan hingga akhir hayatnya..

Dan kadang dia jarang menyatakan kata rindu, janganlah kamu berangkapan tiada langsung perasaan rindu itu pada kamu.. Sengaja dia memberi ruang untuk kamu menyatakan terlebih dahulu kerana hatinya amat berbunga bunga jika seorang yang dia cintai memberitahu sedang rindukanya.. Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya.. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.. Kadang dia tidak dapat melakukan kerja kerana amat merindui kamu..

Apabila dia berkata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata. katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.. Kerana kamulah dunianya selamanya..

Kadang dia menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.. Kata orang keras keras hati perempuan mampu cair dengan janji manis sang pemujanya..

Dan kadang apabila dia berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula.. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.. Dia terlalu emosional.. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri kamu..

Itulah sedikit kisah hati perempuan pada seseorang.. Seseorang di sini bermaksud lelaki yang disayangi dan dicintainya.. Jika anda bukan lelaki tersebut, sejauh mana langkahmu pasti tiada hasilnya.. Kerana sekali perempuan itu telah jatuh hati, amat susah untuk si dia melepaskan di dalam jiwanya.. Akan mengambil masa yang lama untuk pulih..
 http://sentuhan-maya.blogspot.com/2011/04/kisah-hati-perempuan-pada-seseorang.html

Wednesday, May 4, 2011

~SECANGKIR KASIH UNTUK DI URAI~...


Ya Allah...
Dengan menyebut nama-Mu Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...


Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan semester alam yang telah menganugerahkan segala nikmat yang tidak terkira besarnya bagi hamba-hamba ciptaan-Nya termasuklah dua nikmat yang paling besar bagi orang Islam iaitu nikmat Islam dan nikmat Iman. Tanpa keduanya siapalah kita di sisi-Nya. Alhamdulillah. Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw serta ahli keluarga dan para sahabat baginda yang tercinta.

Alhamdulillah kini aku berkesempatan lagi untuk meneruskan lagi kisah hidup Hayatul Solehah yang kini meniti hidupnya dengan lebih matang setelah 5 tahun kehilangan ibu yang tercinta. Baginya walaupun dunia gelap tanpa kasih sayang ibu tercinta, ini tidak mematahkan semangatnya untuk terus berjuang  di muka bumi Allah ini sebagai khalifah Allah untuk terus berjuang menegakkan agama Allah dan terus bangkit dari teus di buai mimpi. Baginya tiada sesuatu yang mustahil untuk dicapai di dalam dunia ini jika disertakan dengan usaha yang gigih untuk mendapatkannya.

Ikuti kisah hidup Hayatul Solehah yang terusnya.........

Pagi yang dingin cukup menyegarkan tubuh sesiapa sahaja yang masih terasa penat dek kerana letih dengan tugasan sehari-sehari biarpun bergelar pekerja mahupun pelajar, malah tidak asing juga bagi pelajar-pelajar yang masih di buai mimpi di kala matahari menjelma tiba. Perkara ini tidak asing lagi bagi semua remaja yang masih menuntut di kolej-kolej mahupun universiti jika tiada kuliah. Apa hendak di hairankan jika waktu malam sibuk menjadi 'kelawar' atau lebih di kenali lagi sebagai 'burung hantu'.

Burung-burung berkicauan dan tidak kurang juga yang keluar dari sarang untuk mencari makanan. Kedinginan pagi yang mendung diselubungi dengan awan yang berkemungkinan akan membawa hujan cukup menusuk hingga ke tulang.
" Rasa sedih dan dukacita itu fitrah manusia. Namun yang salah ialah apabila kita sedih dengan benda yang tidak perlu kita sedihkan. Sedih kerana tak dapat sesuatu, sedih kerana kehilangan sesuatu, sedih kerana tak dapat mengejar dunia, sedih kerana tak dapat berhibur, sedih kerana orang yang kita sayang telah hilang.

Perkara tersebut tidak perlu kita sedihkan. Namun kita sepatutnya sedih apabila kita kehilangan iman, kita kehilangan petunjuk atau hidayah Allah swt. Ketahuilah bahawa setiap apa yang kita lalui dalam bentuk musibah adalah ujian. Dan ujian itu untuk mengangkat martabat kita...."

Tiba-tiba buku "JANGAN BERSEDIH " yang di pegang oleh Hayatul Solehah terjatuh dari tangannya membuatkan Hayatul Solehah tersedar dari lamunan yang panjang selepas menghabiskan bacaan baris-baris terakhir dari buku tersebut.

Hatinya terdetik " Ya Allah, apa yang dah aku buat selama ni?? Adakah aku menolak takdir-Mu atas segala ujian yang telah engkau tetapkan untuk hidupku? Adakah aku hamba-Mu yang tidak tahu bersyukur di atas segala nikmat yang telah Kau kurniakan walaupun untuk seketika cuma? Adakah aku lupa segala nikmat yang telah engkau pinjamkan kepadaku adalah hak milik-Mu? Lupakah aku, Ya Allah??! "

Airmata terus bercucuran ke pipi kerana rasa berdosanya dirinya terhadap sang Pencipta.

Kini Hayatul Solehah di uji sekali lagi dengan kehilangan seorang sahabat yang selama ini telah banyak  mengajarnya erti sebuah kehidupan yang sebenarnya dan mengajar dirinya lebih matang lagi dalam menghadapi segala ujian yang telah di tetapkan oleh Allah swt.

Kepulangan sahabatnya ke rahmatullah cukup membuatkan dirinya merasakan satu kehilangan yang besar.
Hayatul Solehah teringat akan kisah ketika seorang sahabat bertanya Rasulullah saw : "Siapakah yang menjadi sahabat yang paling baik bagi kami ?
Jawabnya, "Seseorang yang apabila kamu dengari percakapannya, pengetahuan kamu tentang Islam bertambah, apabila kamu melihat kelakuannya, kamu teringat kepada kehidupan akhirat."


Ya Allah........aku cukup teruji dengan semua dugaan ini ya Allah... Kuatkan aku ya Allah. Sahabat, kau sentiasa di ingatanku" bisik hati Hayatul Solehah sambil melangkahkan kakinya ke bilik air untuk mengambil wuduk lalu menunaikan solat sunat Dhuha sekaligus membuat sedikit tahlil untuk arwah ibunya dan tidak lupa juga untuk sahabatnya. Baginya itu sahajalah cara untuk mengubati rindunya. Kebetulan pula pada hari itu Hayatul Solehah tiada kelas pada waktu pagi kerana pensyarahnya sibuk menguruskan kerja di luar kolej.

             **********************************************************
Ketika di pejabat . . .

"Assalamualaikum, ustazah" sapa Hayatul Solehah.
"Wa'alaikumussalam, Hayatul Solehah" jawab ustazah Musfirah ringkas.
"Errr.. Ustazah sibuk tak sekarang? Boleh ana jumpa ustazah sebentar?" tanya Hayatul Solehah teragak-agak.
"InsyaAllah ustazah tak sibuk sekarang. Jom ke bilik ustazah, ustazah pun ada benda nak bercakap dengan enti" jawab ustazah Musfirah.
"Sila duduk Hayatul Solehah" kata ustazah Musfirah sambil menarik kerusi untuk duduk.
"Terima kasih, ustazah"

Keadaan senyi seketika. Hayatul Solehah tiba-tiba kaku untuk berkata-kata.

"Hayatul Solehah, enti ada masalah ya? Ustazah tengok enti sekarang tidak seceria dulu dalam kelas. Kalau dulu enti sentiasa ceria dan seorang yang suka menegur orang lain, sekarang enti dah banyak berubah. Enti banyak membawa diri jauh dari sahabat-sahabat yang lain dan enti sentiasa mengelamun ketika waktu kuliah."

Tanpa berkata apa-apa, mutiara jernih Hayatul Solehah mula jatuh membasahi pipi tanpa perlu di pinta untuk keluar. Hayatul Solehah sememang seorang yang agak sensitif orangnya dan seringkali kalah dalam melawan perasaannya sendiri dan seringkali juga kalah dengan airmata. Apabila ada seseorang ingin menyentuh kisah hidupnya yang dirasakan pahit baginya untuk di lalui, airmatalah yang sentiasa menemaninya di kala itu.

"Enti sebagai seorang kakak kepada adik-adik enti, enti kena sentiasa kuat di hadapan mereka. Kalau enti lemah di hadapan mereka, mereka akan lagi lemah. Enti kena kuat semangat." sambung ustazah Musfirah lagi.
"Ana.....Ana tak kuat lagi ustazah" jawab Hayatul Solehah dengan linangan airmatanya itu.
"Hayatul Solehah, bukankah hidup ini penuh dengan perjuangan mengatasi segala masalah? Hidup kita berdepan dengan masalah. Orang yang tidak mahu berdepan dengan masalah maka dia tidak layak untuk hidup di dunia ini. Masalah yang besar yang tetap akan kita hadapi ialah hasutan iblis dan syaitan. Tidak ada masalah yang lebih besar daripada itu."kata ustazah Musfirah lagi.


Kata-kata ustazah Musfrah seperti satu tamparan yang hebat pada diri Hayatul Solehah dan membuatkan Hayatul Solehah tersedar dari kekusutan yang sentiasa menghantui dirinya. Baginya hidupnya sudah gelap tanpa pendamping yang setia mendengarkan segala masalah hatinya itu setelah kehilangan ibu tercinta, sekarang sahabat rapatnya pula pergi menghadap Illahi.

   ********************************************************
Hayatul Solehah segera mengatur langkahnya menuju ke masjid. Masjidlah tempat yang sering dikunjunginya hampir setiap waktu. Bagi Hayatul Solehah, dia sudah jatuh cinta di tempat itu dan tempat itu juga dapat menenangkan fikirannya. Lantas Hayatul Solehah membuka tafsir birunya yang sentiasa menjadi temannya ke mana sahaja dan membaca beberapa muka surat ayat-ayat yang berisi kalam Allah sambil merenung maknanya. Usai membaca, Hayatul Solehah berhajat untuk tidur Qailulah atau dengan bahasa mudah untuk di fahami ialah tidur sejenak sebelum solat Zohor.

 Tidur yang dimaksudkan ialah tidur sebentar di waktu tengahari sebelum masuk waktu Zohor. Tidur ini tidak memerlukan masa yang panjang. Memadai sekadar 10 hingga 15 minit, ia sudah cukup memberi kekuatan dan kesegaran pada tubuh badan, malah ia juga menjadi rahsia badan cergas di malam hari untuk seseorang muslim bangun bertahajjud. Tidur ini menjadi kebiasaan kepada sesetengah individu yang mementingkan kesihatan, produktiviti dan kesegaran. Amalan ini merupakan sunnah Rasulullah s.a.w yang telah diiktiraf oleh ahli sains di zaman ini.

Kitab ‘Misykatul Masabih’ menyebut salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi,

“Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah saw ada melakukannya.”

************************************************************
Ya Allah..
Jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu agar bertambah kekuatanku untuk menyintaimu...
Ya Muhaimin..
Jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinyatertaut padamu agar aku tidak terjatuh dalam jurang cinta nafsu...
Ya Rabbana..
Jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hati-Mu...
Ya Rabbul 'Izati..
Jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu...
Ya Allah..
Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam ini, malam terakhir-Mu...
Ya Allah..
Jika aku jatuh hati pada kekasihmu, jangan biarkan aku tertatih dan tejatuh dalam perjalanan panjang menyeru menusia kepada-Mu...
Ya Allah..
Jika Kau halalkan aku merindui kekasihmu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu...
Amin ya Allah...

Begitulah doa Hayatul Solehah seusainya menunaikan solat sunat Tahajud di sepertiga malam itu. Lalu Hayatul Solehah tertidur di atas sejadah usangnya itu.


************************************************************

Seusainya Hayatul Solehah menghabiskan bacaan Mathurat pada pagi itu, tangannya memetik satu lagu dari laptopnya. 

"SATU CINTA"
Bait-bait liriknya menusuk hingga ke hati Hayatul Solehah.
"Cintakan Allah kekal selama-lamanya"... bisik hati Hayatul Solehah.

Lalu di biarkan pula lagu Muhasabah Cinta berkumandang tetapi fikiran Hayatul Solehah jauh terbang melayang perasaan sendiri...


"Ya Allah, jagalah hati aku hanya untuk-Mu Ya Allah, jauhkanlah rasa cintaku pada makhluk-Mu yang bergelar manusia andai ianya boleh membawaku lalai kepada-Mu dan selagi mana aku belum menemui cinta-Mu yang hakiki Ya Allah".

Hatinya sentiasa berdoa agar hatinya tidak jatuh ke lembah cinta manusia buat masa ini sehingga benar-benar ia bertemu cinta Allah yang hakiki. Bagi Hayatul Solehah memang mudah mengungkapkan kata cinta, tetapi sukar untuk di praktikkan. Cinta yang sebenar hanya cinta kepada Allah dan Rasul.


Hayatul Solehah sememangnya di kenali dengan sifatnya yang menjaga adab pergaulannya dengan muslimin walaupun hakikatnya Hayatul Solehah pernah di kecewakan dalam ikatan pertunangannya selama 2 tahun, akan tetapi hatinya masih teguh untuk terus tabah menghadapi segala ujian hidup. 

Bukan niatnya untuk bercinta atau sebaliknya, tujuan ikatan yang di bina itu adalah kerana baginya perkahwinan adalah salah satu jalan yang di redhai oleh Allah dan harapannya adalah satu iaitu menginginkan ada satu pertalian yang halal dengan suami sebagai peganti kasih ibu yang sekian lama hilang. Hayatul Solehah sememangnya merindui kasih seorang ibu dan kasih seseorang yang dapat menemaninya kemana sahaja serta teman untuk di ajak berbicara dan bergurau senda. 

"Mak, Hayatul sunyi sangat tanpa mak selama ini, Hayatul rindukan mak!" tiba-tiba Hayatul Solehah bersuara memecah kesunyian yang sekian lama sunyi setelah lagu yang dipasangnya habis. 

Airmatanya mula bercucuran lagi. Segera Hayatul Solehah menyapu airmatanya itu dan menghadiahkan sekalung Al-Fatihah buat ibunya.

"Semoga mak tenang di sana", bisik hati kecilnya.


*************************************************************
Sudah hampir dua bulan rupanya pemergiaan sahabatnya. Hayatul Solehah mula mengingati kembali perjalanannya ke rumah Allahyarham sahabatnya itu dan tanpa di sedarinya perjalanan yang mengambil masa hampir satu jam setengah untuk ke Kuala Terengganu itu telah berjaya menjalinkan satu ikatan ukhwah antara ukhti Qurratul Ain dan ukhti Anis. Begitu manis berukhwah apabila bertemu dan berpisah kerana Allah. Dalam mengambil masa yang singkat untuk berkenalan, ukhwah tersebut masih lagi terjalin sehingga hari ini. Hayatul Solehah masih lagi berhubung dengan mereka walaupun perantaranya hanya telefon untuk bertanyakan khabar. Pertemua mereka berempat adalah satu suratan takdir Allah.

"Tapi............................. Mengapa ukhwah ini terbina setelah sahabatku pergi meninggalkan aku??" 
Tiba-tiba persoalan ini bermain di fikiran Hayatul Solehah. Fikirannya runsing kembali apabila mengenangkan kembali semua yang terjadi. Begitu pantas masa berlalu. 
"Aku pasti segala ketentuan Allah yang telah Allah tetapkan adalah satu suratan yang terbaik bagi diriku. Setiap yang terjadi pasti ada hikmah-Nya yang tersurat mahupun tersirat" bisiknya.

Sesampainya Hayatul Solehah ke Kuala Terengganu dengan menaiki bas bersama ukhti Anis bersama seorang lagi sahabat yang menemaninya, kami dijemput oleh ukhti Qurratul Ain yang jauh datangnya dari Kuala Lumpur bersama sahabatnya. Kami meneruskan perjalanan ke kampung Allahyarham dengan di jemput oleh seorang 'pemuda' untuk menunjukkan jalan ke rumah Allahyarham. 

Alhamdulillah usai menziarahi keluarga dan pusara Allahyarham, Hayatul Solehah bersama ukhti Anis dan sahabatnya bergegas ke perhentian bas untuk pulang.

Malamnya seperti biasa, habis menunaikan solat Isyak, Hayatul Solehah bertemankan laptop usangnya sambil membelek-belek facebooknya yang sekian lama tidak tersentuh disebabkan kesibukan yang melampau. Kepulangan Hayatul Solehah ke kampung halaman di hujung minggu kerana dua sebab, salah satunya kerana ingin menziarahi pusara Allahyarham dan sebab yang kedua adalah untuk bertemu ayah dan adik-adiknya yang sekian lama tidak bersua muka. Rindunya Hayatul Solehah pada adik-adiknya dan ayah tidak dapat di ungkap dengan kata-kata sama juga seperti rindu seorang anak kepada ibunya.

"Assalamualaikum, awak ni Hayatul Solehah kan?"tiba-tiba teguran ini di bahagian chatting facebook muncul tanpa Hayatul Solehah mengetahui siapa pemiliknya.
"Wa'alaikumussalam, ya ana Hayatul Solehah. Man enta? teragak-agak Hayatul Solehah membalas mesej dari seorang pemuda itu.
"Saya Ahmad. Ingat saya lagi? Tadi baru berjumpa awak di Kuala Terengganu"
"Ooo enta pemuda yang tolong kami tunjukkan jalan ke rumah Allahyarham tu kan? Ada apa boleh ana bantu ke?" tanya Hayatul Solehah ingin tahu.
"Tak ada apa-apa,cuma saja menegur awak tanda ukhwah fillah" jawabnya
"Ooo ok, ukhwah fillah. Wasalam." jawab Hayatul Solehah ringkas tanpa ingin berbicara panjang.

Itulah kali pertamanya Hayatul Solehah berbicara melalui mesej dengan pemuda itu walaupun ketika di rumah Allahyarham dan di pusara lagi masing-masing tidak bertegur siapa antara satu sama lain. Hayatul Solehah segera melupakan kisah pemuda tersebut sambil melayan lagu sehingga terlelap di meja.

*************************************************************
Tuttttttt...tuttt..tut...
"Assalamualaikum. Kepada semua anak-anak buahku, petang ini akan di adakan satu perjumpaan di tempat biasa pada jam 5.30 petang. Kehadiran anda adalah di wajibkan."

Satu mesej pesanan ringkas masuk dan Hayatul Solehah kenal sangat siapa penghantarnya, Kassim. Kassim ialah seorang muslimin yang baru di kenalinya selama 5 bulan yang lalu secara tidak sengaja di sebuah tempat sewaktu mengikuti salah satu program kolej. Keakraban persahabatan mula terjalin setelah Hayatul Solehah bekerjasama dengannya.

Memang tidak dapat di nafikan, Kassim seorang yang mudah mesra dengan semua orang lelaki mahupun perempuan dan dia terkenal dengan sikapnya tidak sombong dan mudah menyapa sesiapa sahaja. Tidak hairanlah jika dia mempunyai ramai kawan lelaki mahupun perempuan.Di sebabkan sikapnya itu membuatkan Hayatul Solehah senang untuk bekerjasama dengannya walaupun Hayatul Solehah terkenal dengan sifatnya yang pemalu dan pendiam sejak azali lagi. Mungkin Kassim adalah orang yang pertama membuka pintu hati Hayatul Solehah untuk bergaul dengan muslimin atas urusan kerja seperti sahabat-sahabatnya yang lain. Dulunya Hayatul Solehah terkenal dengan sikapnya yang susah di ajak berbincang terutamanya dengan muslimin walaupun untuk urusan penting.

"Hai, jam berapa dah ni mek weyh!" tanya Kassim
"Sory-sory ana lambat, trafic jam la tadi" tercunggap-cunggap Hayatul Solehah menjawab.
"Pandailah awak buat lawak ya" balas Kassim tersenyum

Hayatul Solehah tidak sengaja untuk lambat datang ke perjumpaan tersebut, tetapi kerana dia terlelap seketika selesai menghabiskan bacaan Mathuratnya itu selepas solat Asar berjemaah di masjid.


Persahabatan yang terjalin antara Hayatul Solehah dengan Kassim semakin hari semakin rapat. Sikapnya yang mudah mesra membuatkan Hayatul Solehah senang untuk berkomunikasi malah kadang-kadang saling menjadi pendengar setia ketika menghadapi masalah.

"Awak tahu Hayatul, ibu saya dah sukakan seseorang." balas Kassim ketika asyik berbual-bual melalui khidmat pesanan ringkas.
"Hah?? Tak tahu pun. Siapa orang yang bertuah tu? Kenalkan la kat ana." balas Hayatul Solehah sambil memikirkan kata-kata Kassim yang penuh tersirat itu.
"Saya gelarkan si dia sebagai 'pelangi'. Ibu saya kata nak jumpa pelangi ni susah sangat sebab pelangi akan muncul kadang-kadang je tapi bila dah muncul indah sangat. Tapi awak tahu Hayatul, ibu saya selalu cakap, nak jumpa pelangi pun susah macam nak cari madu tau" balas Kassim.
"Oooo yeke? Enta ni banyak sangat la bahasa berbunga-bunga. Ana jadi makin pening. Kalau enta terus terang saja, apalah salahnya."balas Hayatul Solehah.
"Takpela, satu hari nanti awak pasti akan faham" balas Kassim.
"Takpela kalau macam tu,insyaAllah" balas Hayatul Solehah lagi.

 
************************************************************
Dua bulan berlalu. Pejam celik, pejam celik pelajar-pelajar kolej sedang sibuk menyiapkan diri untuk menghadapi final exam bagi semester akhir. Hayatul Solehah tidak kurang sibuknya berulang-alik dari asrama ke masjid untuk mengulangkaji di masjid. Berbeza dengan pelajar lain yang sibuk berulang-alik ke perpustakaan, tetapi Hayatul Solehah sibuk ke masjid. Baginya masjid sahajalah tempat yang mudah untuk mengulangkaji matapelajaran.

Kini... Ahmad kembali memunculkan diri setelah dua bulan membawa haluan tanpa berita. Deringan lagu sifat mahmudah yang di popularkan oleh kumpulan nasyid Hijjaz mengejutkan Hayatul Solehah yang sedang tekun mengulangkaji matapelajaran minta di jawab panggilan tersebut.

"Siapa pula ni? Nombor ni tak de dalam list phone aku pun." bisik Hayatul Solehah sendiri.

Hayatul Solehah termenung sejenak setelah usai berbual dengan pemilik nombor yang tidak di kenalinya.

"Ahmad? Melamar?? Aku ke? Dia lamar aku ke tadi? Ke aku mimpi ni?" tanya Hayatul Solehah sambil menepuk-nepuk mukanya.
"Tapi Kassim macam mana pula?" tiba-tiba wajah Kassim terbayang di kepala Hayatul Solehah.
"Tapi kenapa aku fikirkan Kassim pula? Aku ada hati ke kat dia tu? Ish..tak mungkin la. Diakan dah ada pilihan hati sendiri,iaitu pilihan ibunya. Kenapa pula aku nak terlibat dalam hal dia pula? Haraplah aku tak de perasaan kat Kassim tu" bisik hati Hayatul Solehah.

"Assalamualaikum, Kassim. Enta sibuk ke tu? Maaflah kalau ana ganggu petang-petang ni" sapa Hayatul Solehah.
"Wa'alaikumussalam, eh tak sibuk pun. Biasala petang-petang ni rehat-rehat jela. Ada apa Hayatul awak call saya ni? tanya Kassim ingin tahu.
"Ooo tak de apa pun Kassim. Saja la call enta ni. Tak boleh ke? tanya Hayatul Solehah kembali.
"Eh boleh je. Hayatul punya pasal, semua boleh. Hehehe" Kassim berseloroh sambil ketawa.
"Ish enta ni, dah-dah. Jangan mengarutlah. Ana ada benda nak bagitahu enta ni sebenarnya." kata Hayatul.
"Ooo kenapa tak cakap awal-awal. Apa dia Hayatul? Cakaplah" jawab Kassim lagi.
"Macam ni, semalam ada seorang pemuda melamar ana. Enta rasa macam mana?" kata Hayatul Solehah.
"Errr..Hah?? Melamar? Ssssiapa?" tanya Kassim teragak-agak.
"Eh, mana boleh bagitahu. Enta kan dah ada pilihan ibu enta sendiri. Enta pun tak nak kenalkan kat ana, ana pun kena buat macam tu juga la,hehehe." jawab Hayatul Solehah sambil ketawa kecil.
"Ish awak ni Hayatul,jawab la soalan saya ni" kata Kassim sedikit serius.
"Laa kenapa pula dengan enta ni? Serius semacam je?" tanya Hayatul Solehah.
"Tak de apa la Hayatul. Ooo ada pemuda melamar awak ye. Bagusla macam tu. Awak terima dia ke?"tanya Kassim.
"Laa ni la pasal ana call enta, ana nak tanya enta la ni. Apa pendapat enta?" tanya Hayatul Solehah kembali.
"Pendapat saya? Errr... Saya tak tahu, ini kan hidup awak. Awak buat la keputusan yang tepat. Apa kata kalau awak istikharah dulu?" jawab Kassim.
"Iye tak iye juga kan? Betul kata enta tu" Kenapalah ana tak terfikir benda ni." jawab Hayatul Solehah.
"Err...Hayatul. Saya sebenarnya ada benda juga nak sampaikan pada awak ni" kata Kassim sedikit kaku.
"Ye. Cakapla, apa dia?" tanya Hayatul Solehah.
"Sebenarnya saya nak terus terang dengan awak ni. Tapi saya tak berani sebenarnya. Sebenarnya pilihan ibu saya tu adalah awak" jawab Kassim dengan berani.
"Ha????" Hayatul Solehah terkejut.
"Errr...Enta ni nak bergurau pun berpada-padalah. Benda macam ni ana tak suka di buat bergurau tau." kata Hayatul Solehah sedikit tegas.
"Betul Hayatul, saya tak bergurau. Saya dah lama nak cakap hal ni, tapi saya tak berani. Tapi bila awak kata ada orang melamar awak, saya terpaksa la terus terang." jawab Kassim lagi.
"Tapi kenapa enta baru bagitahu sekarang? Kenapa bukan dulu?" tanya Hayatul Solehah sedikit perlahan suaranya.
"Saya bukan tak nak cakap dari dulu, tapi belum masanya yang sesuai." jawab Kassim
"Tak mengapalah kalau macam tu, ana dah tak tahu nak jawab macam mana lagi. Ana kena istikharah benda ni, benda ni bukan hal main-main. Ok la ya Kassim, assalamualaikum" jawab Hayatul Solehah.
"Ok baiklah. Wa'alaikumussalam" jawab Kassim sebelum mematikan telefon.


"Ya Allah... Kenapa ya hal macam ni boleh menghantui diriku? Kenapa hal seperti ini begitu cepat ianya terjadi?" bisik hati Hayatul Solehah sedikit sedih.

"Istikharah Cinta" bisik hati kecilnya...



Yang di cari walau bukan putera raja, biarlah putera agama.
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharapkan bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang tidak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.
Yang dinanti bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yang akan terjadi, andai tidak sama dengan kehendak hati,insyaAllah ku redha ketetapan Illahi...



Lalu Hayatul Solehah tertidur dengan diarinya yang setia berdamping dengannya setiap hari. Diarilah tempat Hayatul Solehah meluahkan segala isi hatinya selama ini...

Siapa pilihan hati Hayatul Solehah??

*******************************************************************


Ikuti kisah Hayatul Solehah seterusnya yang akan datang....



Wallahua'alam. . . . . .