*SaHaBaT-SaHaBaT AAC*

Wednesday, February 2, 2011

SELANGKAH IMPIANKU... SEGENGGAM KETABAHAN...



"Jangan putus asa kerana setiap penyakit ada ubatnya, kesusahan ada tepinya dan rezeki ada lombongnya. Gagal tidak bererti kita akan gagal untuk selama-lamanya. Bersabarlah. Bukankah sabar itu separuh daripada iman? "
Kata ibuku selepas melihat keputusan peperiksaan Pertengahan Tahunku yang tidak memberangsankan...

 Masakan tidak, aku cuma mampu memperolehi 1A, itupun hanya untuk matapelajaran Pendidikan Islam. Mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris hanya setakat 3B...

Aku sedaya upayaku telah berusaha keras untuk menggapai kejayaanku memperoleh 9A dalam PMR...

Aku tidak mahu mensia-siakan harapan ibu yang diberikan sepenuhnya kepada aku sebagai anak sulung daripada tiga beradik

Dari tu, aku menjadikan titik kegagalan itu sebagai satu saingan untuk terus bangkit semula setelah jatuh. Harapanku untuk berjaya tidak pernah luntur setelah aku ditemani ibu dikala sedih menghadapi masalah...

  Ibulah tempat ku curahkan segala-galanya. Ibu jugalah inspirasiku dan kami sangat rapat selain mempunyai citarasa yang sama berbanding ayah...

  Sejak kebelakangan ini, ibu sering sakit-sakit dan batuk-batuk kering. Tapi ibu tetap di belakangku memberi kata-kata semangat...

****************************************

      " Assalamualaikum, nek! "
      " Wa'alaikumussalam, Hayatul ya?" tanya nenek.
      " Ya, Hayatul nek. Ibu ada di sana?" Boleh Hayatul bercakap dengan ibu?" Hayatul dah cuba telefon rumah, tapi tiada jawapan." Hayatul dah habis kelas, nek!" jawab aku spontan...

     " Hayatul, ibu ke hospital dan terpaksa di tahan di wad, nanti nenek bagitahu Pak Teh untuk menjemput Hayatul pulang ya?"

 Hatiku mula sebak dan terpaksa menahan mutiara jernih dari gugur ke bumi. Tapi apakan daya, mataku terus dikaburi air mata yang satu-satunya setia menemaniku ketika itu..

 Pulangnya aku ke rumah keseorangan dengan tubuh yang letih tanpa teman.. Aku cuba gagahi juga dengan membesihkan diri untuk solat dengan mengambil wuduk.. Usai solat, aku terus ke dapur lantas membuka tudung saji dengan perut yang berkerongcong lapar..

 Rupanya ibu telah menyediakan lauk kegemaran kami 'Ayam Tumis Berlada'.. Tanpa menghiraukan sedih yang melanda dengan lahapnya aku makan di temani dengan tv yang kubuka untuk meriuhkan keadaan yang sunyi sepi..

Tiba-tiba kedengaran bunyi enjin kereta di halaman rumah. Ayah dan adik-adikku pulang dari menghantar ibu ke hospital sebentar tadi keluar dari perut kereta dengan muka yang agak sayu keletihan bercampur kerisauan meluru masuk ke rumah..
   
   "Ayah nak minum air?" tanya aku.
   "Ayah hanya mengangguk-anggukkan kepalanya.

Selesainya kami solat Magrib dan Isyak secara berjemaah, kami terus ke Hospital Dungun untuk berjumpa ibu.. Aku terus meluru ke arah ibu tanpa aku sedari airmataku jatuh bercucuran dalam dakapan ibu.. Terasa hangat pelukan ibu.. sehari aku tidak melihat wajah ibu, seumpama setahun berpisah..
Malangnya, aku tidak dibenarkan menemani ibuku pada malam itu kerana aku mempunyai banyak tugasan di sekolah pada keesokkan harinya tambahan pula aku terpaksa menguruskan adik-adikku di rumah yang masih kecil untuk ke sekolah pada keesokkan hari...

   "Tak mengapalah, Hayatul mesti belajar bersungguh-sungguh dan mesti tunaikan impian Hayatul untuk menjadi pelajar cemerlang dalam PMR dan dapat sambung belajar di sekolah berasrama penuh ya!" lagipun kalau Hayatul jaga ibu di sini, siapa nak tengok-tengokkan adik-adik di rumah nanti.." kata-kata ibu bagai menabur garam ke dalam lauk yang sudah cukup terasa masinnya...

 Deringan jam loceng usangku menunjukkan jarum tepat pada pukul 5.30 pagi.. Aku bingkas bangkit terus menjeram air.. Kami hanya bersarapan dengan air milo dan roti bakar yang telah di sapu jem nanas..

 Pagi itu aku bersama dua orang adikku ke sekolah tanpa dihantar oleh ibu seperti biasa dan tanpa diiringi dengan kucupan didahi serta bersalaman.. Tapi ini tidak mematahkan semangatku untuk terus berjuang menggapai 9A...


************************************************

Krrrrrrriiiinngggg......!!!!!

Loceng pada 1.50 petang menandakan tamatnya sesi pembelajaran... Kami terus ke dewan besar sekolah untuk menunaikan solat Zuhur berjemaah berimamkan guru yang bertugas..

   "Kak cepatlah buka pintu tu, adik lapar ni!" ujar adik bongsuku yang baru berusia 11 tahun.

   "Adik, sabar tu kan separuh daripada iman.." ujar adik perempuanku yang berusia 13 tahun sambil menggeleng-gelengkan kepalanya melihat telatah adik bongsunya sedikit nakal.. 

 Aku terus ke dapur untuk menyiapkan makanan tengahari,dan terus memetik suis periuk nasi untuk memanaskan nasi yang telah aku masak sebelum ke sekolah..


 Ibu dihantar ke Hospital Kuala Terengganu pagi tadi dengan ambulance.. Aku tetap tabah dan cekal untuk mengharungi pahitnya liku-liku kehidupan berjauhan dengan ibu tercinta...

Akulah kakak, akulah ibu untuk adik-adik yang masih belum mengerti erti kehidupan sebenar.. Aku mesti gagah untuk menguatkan semangat adik-adik di belakangku tanpa ibu disisi untuk terus menjalani kehidupan sehari-hari.. Aku tahu, kalau aku lemah di hadapan mereka, pasti mereka semakin lemah.. 

Aku mesti gagah untuk menguatkan semangat adik-adik di belakangku walaupun agak sukar tanpa ibu disisi untuk terus menjalani kehidupan sehari-hari..

Suara azan jelas berkumandang... Tanpa berlengah, kami solat dan terus bersiap untuk menziarahi ibu di HKT...

Hampir satu jam dalam kereta tanpa suara, masing-masing sibuk terleka di buai angan-angan masing-masing.. aku pula hanya memandang ke arah luar tingkap kereta, memandang apa saja yang aku nampak dengan fikiran yang kosong.. ayah pula hanya menumpukan perhatian ke arah jalan raya yang agak sibuk..
Akhirnya kami sampai juga ke HKT dan terus ke Tingkat 3 untuk bertemu ibu.. Ibu kelihatan gembira dengan kehadiran kami..

Ibu! Ibu! jerit adik bongsuku yang amat manja sekali dengan ibu.. maklum sajalah, anak bongsu lelaki ibu...
"Ibu, ibu apa khabar harini?" Macam mana ibu di sini, ada apa-apa nak Hayatul tolong ibu?" tanya aku...

"Alhamdulillah! ibu baik-baik saja Hayatul. Hayatul dan adik-adik sudah makan? macam mana sekolah hari ini?
"Sudah ibu, ayah belikan lauk tadi. Sekolah macam biasa saja ibu. Ibu... Peperiksaan Hayatul cuma tinggal seminggu saja lagi.. Ibu doakan Hayatul ya bu.."

"Bagus anak ibu!" Jadi Hayatul tak boleh main-main lagi, Hayatul mesti tumpukan sepenuhnya pada pelajaran yang cikgu ajar di kelas, ya sayang".. tambah ibu lagi dengan suara yang sedikit lemah...

Kedua-dua adikku yang sedikit nakal sering usik-mengusik dan membuatkan ibu tertawa kecil... Masa begitu pantas berlalu.. 
Tiba masanya kami pulang ke rumah kerana waktu hampir senja dan waktu melawat pun sudah tamat...

"Adik jangan nakal-nakal ya, belajar rajin-rajin! Nanti besar boleh masuk universiti.." pesan ibu kepada kedua adikku sebelum pulang.

Adik-adikku hanya mengangguk-anggukkan kepala tanda faham pesanan ibu. Ibu memeluk kami dengan penuh kasih sayang.. kegembiraan ibu dikunjungi anak-anak kesayangannya terserlah di raut wajahnya walaupun bertemu dalam kekangan masa yang agak singkat...

Aku juga terkilan kerana tidak dapat menunggu ibu di wad... apakan dayaku, adik-adikku masih memerlukan aku dan aku terpaksa berkorban demi 9A untuk ibu...

Itulah rutin harianku sehingga tiba hari peperiksaanku... 
Di pagi yang hening, calon-calon duduk di bangku masing-masing untuk memuntahkan apa yang telah kami pelajari selama tiga tahun di sekolah..

Dengan hati yang tenang dan sedikit gementar, akhirnya sudah hampir seminggu kami menduduki peperiksaan PMR...

Kegirangan aku menanti hari untuk memerdekakan diri dari peperiksaan tinggal satu hari saja lagi pada keesokkan harinya bertukar menjadi tragedi yang mengerikan dalam hidup aku...

Bagiku semuanya sudah tiada nilainya lagi...
Semua di sekelilingku, nenek dan sanak-saudara tidak aku hiraukan lagi.. kedengaran suara bacaan surah Yasin kesayuan dan tangisan teresak-esak adik-adikku...

Allah lebih Maha Mengetahui... Ibu pergi buat selamanya tepat jam 12.30 tengahari dengan kalimah Lailahaillah... Allah lebih menyanyangi ibu lebih daripada kami menyayangi ibu...

Ayah dengan ketinggian kesabarannya menghadapi keperitan berpisah dengan orang yang menjadi teman di kala susah dan senang, dan teman hidupnya selama ini pergi buat selama-lamanya menghadap Ilahi...

Ayah hanya dapat menenangkan hati kami dengan pelukan kesayuan di tinggalkan insan yang bergelar ibu, yang selama ini sanggup berkorban nyawa untuk melahirkan kami dan berkorban apa saja demi kami putera-puterinya...

Ibulah penyejuk hati, penawar duka dan pembimbing kami...
Kini....... segalanya sudah berubah...
Walau bagaimanapun, setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya...
Setiap yang bernyawa pasti akan menemui kematian...
Kami pasrah atas ketentuan Ilahi untuk kami...

Hanya bacaan al-Fatihah dan surah Yasin yang dapat mengiringi jenazah ibu.. Ibu selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam berhampiran rumah nenek..

Sebagai puteri sulung buat ayah dan ibu, aku harus menggantikan tempat ibu buat adik-adikku.. Ketabahan hatiku telah memberi sinar baru buat adik-adikku...
Kini.... mereka mengerti bahawa mereka perlu meneruskan kehidupan walaupun tanpa ibu di sisi..

Hanya sekalung doa dari anak yang soleh dan bacaan ayat-ayat suci al-Quran sudah cukup untuk kami melepaskan rindu kepada ibu...

****************************************

"Hayatul Solehah bt Mazlan!"
Tersedar aku dari lamunan yang panjang setelah namaku di panggil dan membuatkan airmataku membasahi bumi tanpa aku sedari setelah sekian lama aku di buai mimpi di siang hari...

Tepukan gemuruh mengiringi langkah perjalananku ke pentas... Aku dianugerahkan sebagai Pelajar Cemerlang PMR 2006... Inilah hadiah yang paling berharga untuk ibu dan ayah setelah menadah ilmu di sekolah selama tiga tahun...

"Hayatul dah berjaya, ibu!!" bisik hati kecilku...

Walaupun ibu tiada di sisi untuk memberi kata semangat, aku akan terus melangkah kehadapan untuk terus berjaya ke universiti kelak!

"Ini janji Hayatul, ibu!"

Kini aku menyambung pelajaran di sebuah sekolah berasrama penuh dengan keyakinan diri untuk terus maju ke hadapan di samping bergantung harap kepada Allah swt...
 


Al-FATIHAH BUATMU IBU..!!
SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT KE ATAS ROHMU..